Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengajak orang ramai menyertai Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Sesi tersebut akan diadakan pada jam 8.30 pagi, Khamis ini di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK Selangor di Shah Alam, bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang dijadualkan turut hadir pada majlis itu.
“Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan ini. Sertai kami dan jadikan suara anda didengar.
“Saya juga ingin menjemput orang ramai memberi cadangan dan pandangan menerusi laman web rmke12.epu.gov.my/ksp .http://rmke12.epu.gov.my/ksp .
“Info berkenaan KSP RMK-12 juga boleh didapati melalui laman web yang sama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Rafizi berkata, orang ramai juga boleh mengikuti sesi tersebut secara langsung di semua platform media sosial beliau bermula jam 8.30 pagi, Khamis ini.















































Discussion about this post