Mesyuarat Umno Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu hari ini dicemari dengan pergaduhan melibatkan beberapa individu terbabit.
Rakaman kekecohan itu tular di media sosial sejak petang hari ini.
Difahamkan, pergaduhan dipercayai berpunca akibat provokasi oleh penyokong calon bertanding bagi pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian.
Berdasarkan video yang tular, terdapat beberapa penyokong dipercayai tidak berpuas hati lalu menaiki pentas di dewan berkenaan ketika Ketua Umno Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun sedang berucap.
Tindakan itu menyebabkan lebih ramai penyokong menaiki pentas hingga mencetuskan pergaduhan.
Sementara itu, memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Kekecohan bermotif provokasi hingga menimbulkan pergaduhan. Polis dapat mengawal keadaan dan menghentikan perhimpunan berkenaan.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

















































Discussion about this post