DATUK Seri Najib Razak membidas kenyataan Pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan ‘double standard’ dalam pendakwaan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pendawaan tersebut berkenaan tuduhan terhadap Presiden Umno tersebut sementara SPRM tidak bertindak terhadap bekas Ahli Parlimen Umno yang menyertai Bersatu seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
“Kerana pada masa itu, Peguam Negara yang dilantik adalah yang dijanji oleh bapa kamu jika PH menang PRU14.
“Kerana pada masa itu, tiga orang itu telah melompat parti untuk sertai PH, gabungan kamu,” katanya di Facebook.
Najib juga turut menyindir Guan Eng yang seolah-olah lupa mengenai kes pendakwaan mahkamah yang dihadapinya telah dibatalkan oleh Tommy meskipun ketika itu 30 saksi
telah dipanggil dalam prosiding kes berkenaan.
“Kamu patut ingat orang yang sama menjadi Peguam Negara telah menggugurkan kes pendakwaan rasuah kamu walaupun 30 orang saksi telah memberi kenyataan di mahkamah ketika itu.
“Kerana pada masa itu, ahli politik daripada PH telah dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.
Najib juga menyindir Guan Eng yang buat-buat lupa tentang dirinya yang terpalit kes mahkamah tetapi masih dilantik PH menjadi Menteri Kewangan.
“Ia adalah masa PH kamu mencipta sejarah dunia apabila mereka melantik seseorang yang masih menjalani perbicaraan kerana salah guna kuasa dan rasuah sebagai Menteri Kewangan untuk menguruskan wang negara kita.
“Kamu lupa?” soalnya.


















































Discussion about this post