Anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar mendirikan rumah tangga dengan bekas pegawai khas Azmin Ali ketika menjawat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong yang kini merupakan pengkaji di Khazanah Research Institute.
Nurul Izzah berkongsi perkara itu dalam kemas kini terbaharu di laman Facebook miliknya.
“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.
Anak sulung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2015.
Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai oleh Nurul Izzah.

















































Discussion about this post