PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 meningkat kepada 5,330 kes semalam berbanding 4,204 kes sehari sebelumnya.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 5,317 kes penularan tempatan dan 13 kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,692,800 kes dan 35,995 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 46,523 kes aktif Covid-19, termasuk 49 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 34 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.5% atau 44,885 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 29 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,560 orang atau 3.4% menerima rawatan di hospital.
Seramai 3,075 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,042 kluster, dengan 19 daripadanya masih aktif.
















































Discussion about this post